Saturday 17 October 2015

Long Term Effect Program

Aku tertarik pada salah satu soalan yang dilontarkan oleh salah seorang peserta AGM Kelab UMNO pada beberapa hari yang lepas. 

Soalannya berbunyi begini;

" Kelab dan persatuan sekarang selalu menganjurkan program dan aktiviti yang hanya mempunyai kesan pada jangka masa yang pendek. Apakah pendapat anda untuk anda menyelesaikan masalah tersebut?"

Sebelum aku memberi komentar terhadap perkara ini, aku suka untuk tidak meletakkan sebarang judge aku terhadap perkara tersebut kerana ianya akan mengurangkan sebarang kebarangkalian untuk aku melihat sesuatu perkara daripada sudut yang berlainan. Memahami sesuatu perkara daripada sudut berlainan membolehkan aku untuk terus tidak bias yang akhirnya menghalang aku untuk terus memahami perkara tersebut dengan lebih telus. 

Dalam sebuah persatuan, terdapat beberapa matlamat yang telah ditetapkan oleh penganjur untuk setiap aktiviti yang dilakukan. Ada kalanya aktiviti itu mempunyai matlamat jangka pendek dan ada kalanya mempunyai mempunyai matlamat jangka pendek. Ada kalanya juga persatuan dan kelab ini membuat sesuatu aktiviti seperti tiada matlamat. Namun demikian, persatuan ini bukan tidak meletakkan sebarang matlamat, tetapi mereka meletakkan matlamat itu pada peserta itu sendiri dan mereka ini hanya meyediakan platform. Ada juga terdapat aktiviti yang bermatlamatkan 'sparkling'. Aktiviti seperti ini bukan untuk memberi tetapi untuk membuka. Membuka mata dan hati agar peserta lebih tertarik untuk melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat.

Daripada sudut mata peserta, aku suka untuk menekankan salah satu hadith yang penting dalam hidup kita iaitu hadith niat. Hadith ini menceritakan tentang result atau hasil yang kita akan dapat ialah berdasarkan niat yang kita telah tetapkan sebelum kita melakukan sesuatu perkara. Maka ada pun satu aktiviti itu kelihatan kecil dan mempunyai matlamat yang pendek, namun jika niat peserta untuk datang membuat networking antara peserta, maka aku boleh katakan itu ialah matlamat jangka masa panjang. Selain itu, ada juga situasi di mana peserta itu sebenarnya menyertai sesuatu aktiviti itu sebagai satu bahagian daripada satu proses untuk mencapai matlamat yang besar. 

Tapi apa yang terbaik ialah aktiviti yang mempunyai kesemua aspek di atas sebentar tadi. Aktiviti ini tidak perlukan duit dan tenaga, tapi ia perlukan hati. Aktiviti ini mampu dilakukan oleh semua orang tanpa external penganjur, tapi ia perlukan internal penganjur. 

Penganjur itu ialah diri kita dan akitiviti itu ialah persahabatan. 

=D

No comments:

Post a Comment