Wednesday 14 October 2015

Post AGM session

AGM ialah satu kata nama Annual Grand Meeting yang dianjurkan oleh semua kelab dan persatuan dimana kelab tersebut akan membentangkan laporan kewangan dan aktiviti. Dalam majlis ini juga, pemimpin baru juga akan dipilih oleh ahli kelab tersebut. 

Pada pengamatan aku, ada beberapa jenis pemimpin pelajar pada zaman sekarang. Ada yang jenis goal driven, Ada yang jenis mengulangi kembali activity yang pernah dilakukan oleh komiti - komiti yang terdahulu dan ada juga penyelesai masalah dimana mereka akan menganalisa kondisi setempat dan mengeluarkan solusi ataupun alternatif kepada masalah tersebut. Untuk pemimpin yang 'goal driven' based, mereka ini telah menetapkan matlamat dan objektif untuk mereka sendiri dan untuk kumpulannya. Mereka ini akan mengulang - ulang dan berusaha untuk menyakini orang sekeliling mereka terhadap kebaikan matlamat dan objektif mereka. Ada pula pemimpin yang hanya mengulang kembali aktiviti yang pernah dilakukan oleh pemimpin sebelum mereka. Tidak lupa pula pada pemimpin yang menyelesaikan masalah. Mereka ini sedikit sahaja atas dunia ini. Anugerah kebarangkalian. 

Pada pandangan manusia lain, ada yang mengatakan bahawa pemimpin yang pandai yang menyelesaikan masalah itulah yang terbaik sebab ia mampu untuk menjadikan bumi ini menjadi lebih baik. Ada juga yang mengatakan bahawa pemimpin yang bermatlamat itulah yang terbaik kerana seorang pemimpin perlu mempunyai matlamat yang jelas. Hal ini menyebabkan pandangan orang terhadap pemimpin yang ikut pemimpin sebelum ini seperti pemimpin lemah yang tidak mampu untuk berbuat sebarang kebaikan pada masyarakat.

Pada hemat aku, aku katakan antara mereka ini, yang terbaik ialah bukanlah pada perkataan yang menyifatkan pemimpin itu, tetapi perkataan pemimpin itulah yang menyebakan mereka semua ini terbaik tidak kira bagaimana sifat dan cara mereka memimpin sekali pun. 

Untuk menjadi pemimpin ini perlu ada beberapa perkara dan sifat supaya kita tidak tersungkur di tengah - tengah jalan. Perkara yang utama ialah pemimpin perlu seorang yang mempunyai visi dan misi tentang hidup yang jelas. Maka oleh yang demikian, pemimpin ialah seorang yang mampu untuk mengubah dan merangka masa depannya. Perancangan yang tidak berjalan adalah sia - sia. Maka lahirlah satu keperluan untuk pemimpin mempunyai kebolehan untuk melaksanakan segala perancangan yang telah ia fikirkan. Sifat - sifat pemimpin ini tidak hanya putus di sini sahaja, tetapi ia ditambah dengan sifat - sifat lain yang positif.

Jika perenggan - perenggan atas dibaca dengan teliti, deskripsi ini seperti aku menceritakan mengenai orang lain bukan? 

Aku sebenarnya bukan bercerita tentang mana - mana pemimpin atas bumi ini, tetapi aku bercerita tentang KAMU. Ye, aku bercerita tentang KAMU.

Kamu yang aku maksudkan ialah seorang manusia yang mempunyai masa yang sama, hak yang sama dan peluang yang sama. Seorang manusia mempunyai visi dan misi yang jelas. Sebagai contoh, seorang pelajar universiti, dia percaya bahawa dia perlu untuk melepasi satu halangan pointer untuk dia berjaya dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Seorang manusia secara kebiasaannya mempunyai  kekuatan yang sama dan kekuatan inilah yang akan membolehkan seorang manusia untuk 'walk the talk'. 

Kamu dan aku ialah pemimpin. 

Pemimpin untuk diri sendiri. 

No comments:

Post a Comment