Tuesday 9 February 2016

Gagal

Aku nak bercerita tentang satu benda yang mungkin tak pernah sangka dalam kehidupan ini. Benda ini ialah kegagalan. Aku tau yang aku, kau dan kita semua tak pernah melukis kehidupan kita untuk gagal. Setiap daripada kita berharap yang dialah student nombor satu dalam kelas dan dialah yang paling pandai bermain dalam segala genap aspek. Tak pernah ada satu manusia atas muka bumi Allah ni yang meletakkan tujuan dia untuk gagal dalam hidup ni. Tapi, kita sebagai manusia takkan sedar dan takkan tau apa yang Allah dah pelan untuk kita pada masa depan.

Enough said about happiness and victory, dalam post ini aku akan terang dan share apa yang mungkin patut buat dan reflect bila kita dalam kegagalan.

Perkataan gagal boleh diterangkan dalam banyak aspek. Gagal yang aku maksudkan dalam karangan ni ialah satu keadaan yang kita tak Berjaya capai apa yang kita dah pelan dan kita rasa kita dah kalah.
Kalau sesiapa yang pernah rasa gagal, gagal ni rasa dia bukan macam pahit camtu. Ni lagi teruk daripada pahit sebab pahit tu rasa dia sekejap je. Gagal ni macam kita rasa pahit jugak tapi kita rasa pahit tu sepanjang masa. Gagal ni confirm akan ganggu psikologi kita dan mood kita. Rasa kita ni the absoloute loser. Rasa kita tak ada harapan lagi dah sebab kita ni hanya bawak masalah kat kawan kita. Rasa gagal ni jugak rasa macam kita tak belong to any part of life. Kita akan rasa macam kalau kita mati sekarang, confirm tak ada orang sedar pun. Lebih kurang camtu la rasa gagal tu.

Percaya atau tidak, gagal itu sebenarnya bukan realiti. Sebab perkataan gagal tu hanya akan datang bila kita tak capai apa yang kita inginkan daripada kerja yang dah buat. Soalan pertama yang kita kena cek, siapa je yang kat atas dunia ni yang tau kita tengah gagal? Percaya atau tak, sebenarnya hanya kita sorang je tau yang kita tengah gagal.

Kemudian, percaya atau tak, gagal tu hanya la mainan otak ataupun aku boleh cakap halusinasi untuk kita capai pelan tindakan kita.

Bagi aku cara untuk kita overcome benda ni ialah first pergi ke someone yang kita tau dia akan dengar kita punya complaint dari A ke Z, someone yang reply secepat mungkin (sebab emosi orang yang gagal tak stabil masa ni dan dia tend to overthink over time), someone yang akan sentiasa ulang yang kita ada potensi untuk kekal hidup dan terus melangkah dan someone yang boleh buat gelak. Kenapa first solution ialah external sebab internal kita tengah tak stabil dan cubaan kita untuk stabilkan benda yang tak stabil ketika kita tak stabil ibarat orang yang sesat lagi menyesatkan. Hahaha.

Second, orang yang gagal tersebut perlu pergi ke masalah yang menyebabkan dia gagal. Make friend with the problem so that we know that actually the problem isn’t a problem at all. It was a stepping stone and actually a friend of ours.
Nasihat aku kepada semua, kalau korang rasa ada kawan korang yang nampak lain macam tu cuba tegur dan sebut

“Are you okay?”

Walaupun ini nampak simple, tapi effect kepada someone sangat besar dan mampu sedikit sebanyak tolong orang yang tengah gagal tadi.

To all failures out there, I know that you are experiencing the toughest route you have ever walked. But believe me, you will find something surprise at the end of it. I once, found out that the person that 
I hated most, talked to me and asked?

“Hey, are you okay?”

…………………………………………………………………………………………………………


Untuk pengetahuan semua, aku dah decide nak buat satu perubahan besar dalam kehidupan aku. 

Kalau korang rasa nak pilih antara MacDonald dan KFC tu susah. Yang ni lagi susah. Aku fikir lama gak la tentang benda ni. Setelah beberapa minggu, aku tekad untuk buat benda ni; aku nak tukar dari Nikon ke Canon.

Tapi, aku tengah tak de buyer untuk camera lama aku. Sob. Sob.sob.


Insyallah aku akan ke canon selepas aku dapat jual set Nikon aku. Doa – doa la dipermudahkan. 

No comments:

Post a Comment