Friday, 6 June 2014

Gua 'tempurung'

‘Bro, aku rasa aku tak mampu la nak habiskan. Banyak kot, kau lain la dah biasa dah. Aku baru baca satu ayat, kau dah habis satu muka’

‘Eh budak nih, kau nak aku belanja cendol pulut kat tepi masjid nanti tak?’

‘cendol pulut confirm la nak, tapi….’

Jeda

‘bagi satu minit jap, aku nak cari alasan’

‘bagi cantik muka kau, satu minit aku berharga tau tak? Tapi tak pe, demi sahabat aku sorang nih, aku sanggup luangkan seminit aku tuh’

‘Ha! Aku tak jumpa alasan, tapi boleh tak kalau aku nak guna jalan alternatif?’

‘Jalan alternatif? Tak pernah tahu pulak aku ada jalan alternatif’

‘Instead of I recite, can I just listen to the recitation using my iPhone? The result is still same isn’t it?’

‘Huh, kau ni, sampai bab tiba – tiba kau jadi genius pulak’

‘Baik sikit, aku memang pandai ok. Hmmm, apa kata kita buat satu agreement’

‘Agreement?  Agreement apa?’

‘Hmm camni, if you can explain to me the lessons of this surah until I touch or I cry, I’ll promise you that I’ll finish this surah. But with rules and regulation la, no googling’

‘No googling? Come on, tak aci la camtu’

‘Aci tak aci, my rules say so. Muhahaha’

‘Okay, I’ll try’

‘Give your best then’

‘Do you know that if you recite this surah, Allah will give you light from this Friday till the next Friday?’

‘Hadith tu dah bosan la, kat facebook tu dah berlambak – lambak orang post sampai penat aku share, cuma malangnya aku tak sempat nak hafal je lagi’

‘How many stories do you know in this surah?’

‘Yang aku tahu, dalam surah ni ada four stories, the first one is about the people of the cave. Pemuda yang lari dari pemerintahan yang zalim. Lepas tu ada cerita dua orang lelaki dengan kebun, cerita tentang Nabi Khidir dengan Zul Qarnain’

‘Power gak la kau ni, aku rasa macam kau yang kena bagi expalanation pulak kat aku’

‘Tak de maknanya. Yang tu jela yang aku tahu sebab ustaz kat sekolah aku banyak cerita tentang tu je’

‘Hmm, apa lagi eh. Aku yakin yang ni mesti kau tak tahu punya. Kau tahu tak apa kaitan antara empat ceri tadi tuh dengan kaitan cerita – cerita tadi tuh dengan dajjal?’

‘Wah, yang ni serious aku tak tahu. Tak pernah terfikir pulak tentang benda nih’

‘Sebenarnya dalam empat kisah ni ada tujuan tersendiri. Kau tak rasa pelik ke kenapa surah ni tak cerita tentang Nabi Musa dengan Firaun, kenapa dia cerita tentang Nabi Musa dengan Nabi Khidir. Pelik kan?’

‘Haah la, pelik kot. Sebab banyak je cerita lain yang ada tentang Nabi Musa nih, tapi cerita tentang Nabi Khidir gak dia pilih’

‘So, nak diringkaskan cerita, sebenarnya dalam Surah nak cerita tentang empat ujian yang akan melanda masa zaman dajjal nanti dan benda ni jugak boleh berlaku waktu zaman sekarang. Ujian pertama ialah, jeng jeng jeng. Cuba kau teka’

‘Ya rabbi, kau ni potong steam betul la. Aku tengah concentrate kot’

‘Eh, kau ni, steam mana boleh potong, nampak pun tidak’

‘Ish, budak ni, sempat lagi melawak, karang aku tak baca karang baru kau tahu’

‘Pulak dah, ok2 aku sambung. Ujian ataupun fitnah yang pertama ialah fitnah agama dan benda ni boleh nampak kat dalam cerita budak gua tuh. Pemerintah masa tu nak diorang ni sembah dia, so, demi nak selamatkan aqidah diorang pun lari la pegi masuk dalam gua. Fitnah yang kedua ialah fitnah harta. Kebun yang banyak pokok yang ada kat dalam surah tu menyebabkan salah seorang lelaki tu tak percaya lagi kepada tuhan dia. Yang ketiga, fitnah ilmu. Here we go the story of mosses. Nabi Musa ada menganggap bahawa dial ah yang paling pandai, then Allah bagi dia jumpa dengan Nabi Khidir. Last but not least, the story of Zulqarnain. It is about position and power. Kuasa yang besar boleh bagi kita lupa diri, benda ni banyak dah cerita kat dalam kisah dongeng. Aku rasa kau pun faham kan’

‘Fuyyoo, ada certain benda yang aku baru tahu bila kau cerita tadi. Tapi camne kita nak overcome those kinds of problems?’

‘Yang tu kau jangan risau. Semua tu ada dalam surah yang sama. Untuk fitnah yang first, the solution for that particular of fitnah is by having a good friend I mean a religious friend. Kalau tak, susah la kan nak jaga agama kan? Tak pun, dia akan jadi cerita tentang beberapa pemuda dengan beberapa gua’

‘Asal cmtu pulak?’

‘Sebab semua tak kenal antara satu sama lain. Maybe la kot. For the second one, fitnah harta boleh lari dengan tidak terikat dengan dunia. I mean instead we put dunya in our heart, we put dunya on our hand. Moving on, tau tak problem apa yang selalu ada dengan orang pandai ni?’

‘Sombong and berlagak maybe?’

‘Yeah, sort of. So nak buang benda – benda macam tuh, hati tu kena direndahkan. We must realize that there might somebody who knows better than us macam kisah nabi Khidir yang lebih tahu dari Nabi Musa tuh. Last sekali, untuk kuasa ni, nak tak nak kita kena selalu ikhlas and berharap kepada tuhan. Sebab kuasa tu amanah daripada tuhan. Waktu Zulqarnain nak buat tembok yakjuj makjuj tu, dia cakap tembok tu bukan daripada dia tapi datang dari rahmat tuhan’

‘okay, quiet interesting. Kejap, lagi satu, kenapa surah ni nama dia gua?’

‘Kau pernah masuk dalam gua tak?’

‘apa kaitan aku dengan gua pulak? Tapi aku pernah la masuk gua kat Perak dulu, Gua Tempurung kalau tak silap aku. Tapi waktu ada ramai orang, kalau aku masuk sorang – sorang atau masuk lima orang je, seram gak la. Yela kan, kita bukan tahu pun apa benda yang ada kat dalam tuh’

‘Kau ingat lagi tak maksud ayat baqarah awal – awal tuh?’

‘Yang tentang keimanan pada benda ghaib tu ke?’

‘Haah yang tu. Dalam gua ni supposed to be sangat gelap and menakutkan seperti yang kau cakap tadi, tapi Allah ada suruh pemuda kahfi ni masuk gua yang so called gelap and menakutkan tu tapi Allah cakap dia akan bagi rahmat dan sesuatu yang berguna untuk diorang. So, Allah nak kita beriman benda ghaib macam gua tu tadi. Nak tahu satu benda yang menarik tak?’

‘Benda menarik? Pe dia?’

‘Tahu tak yang Allah start surah ni dengan cerita tentang Qurang pastu dia tutup pun dengan cerita tentang Quran?’

‘Really, yang ni serious cool. Dari tadi kita cerita tentang gua – gua dari tadi sampai aku lupa nama dia dalam Bahasa arab’

‘hahaha, yang ni serious lawak’

‘Apa nama dia eh? Kuhuf? Kahaf?’

‘Surah Kahfi…….’