Monday 2 September 2013

Kisah Pak Tam si Nelayan kool


Assalamualaikum wbt,

Kisah ini tiada kaitan hidup yang hidup atau yg mati.

Pada suatu ketika ada seorang nelayan yang bernama Pak Tam. Pak Tam ini adalah seorang nelayan biasa yang tiada super power atau keistimewaan yang membolehkannya terbang seperti lelaki hebat mahu pun lompat dari bangunan ke bangunan yang lain seperti lelaki labah - labah. Maka, kehidupannya adalah seperti nelayan biasa yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

Pada sebelah pagi, dia akan turun ke laut untuk menangkap ikan dan akan kembali ke darat pada sebelah tengah hari dengan hasil tangkapannya. Selepas itu dia akan akan makan tengah hari dan berehat hingga ke sebelah petang. Pada sebelah malam, agak - agak selepas waktu solat isya, dia boleh bersiap untuk tidur. Pada keesokan harinya, dia akan mengunali rutin yang sama sebagai seorang nelayan yang biasa. Kehidupan itu dirasakan senang dan tenang pada fikiran Pak Tam.

Pada suatu hari, seorang nelayan lain yang bernama Pak Mat datang kepada Pak Tam. Pak Mat mengajak Pak Tam untuk menangkap ikan dengan lebih banyak. Hal itu menghairankan Pak Tam, lalu Pak Tam bertanyakan rahsia disebalik kemahuan memperoleh ikan yang banyak itu. Pak Mat mengatakan bahawa dengan ikan yang banyak, Pak Tam boleh membeli bot yang lebih besar dan dari bot yang besar itu, Pak Tam boleh memperoleh ikan yang berkali ganda banyak daripada sebelum itu. Namun, Pak Tam tetap hairan dan bertanyakan tujuan ikan yang berkali ganda banyaknya itu. Pak Mat menerangkan bahawa dengan ikan yang banyak itu, hidup Pak Tam akan lebih senang dan tenang.

Pak Tam berasa pelik dan berkata perlukah dia mengorbankan kesenangan dan ketenangan yang pasti yang dia peroleh sekarang untuk memperoleh sesuatu yang tidak pasti dan mempunyai nama yang sama iaitu kesenangan dan ketenangan tapi dengan harga yang lebih mahal dan perlu mengerah lebih tenaga?




#we think we are happier than them with wealth, but we still find the meaning of the same word; happiness, let us define back the meaning of the true happiness
Ain't it?


2 comments:

  1. yes it is (:
    tenang dan senangnya seseorang itu , terlalu subjektif .
    so i'm human too (:
    pasal hati perasaan ni , tadak orang salah , tadak orang betul .
    sebab ? itu terlalu subjektif (:

    ReplyDelete
  2. Yup, terlalu subjektif. But still kena jadi skema, skema pada peraturan tuhan (=

    ReplyDelete